Tuesday, August 31, 2010

Keburukan PPSMI

Pada hari ini,Menteri Pelajaran – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan seorang Timbalan Perdana Menteri telah mengumumkan PPSMI akan dimansuhkan mulai 2012. Apabila berita tersebut diumumkan, terdapat persetujuan dari pelbagai pihak yang menyatakan bahawa PPSMI telah mendapat banyak kelemahan terhadap pelajar dan guru.




Mengikut Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan, kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada tahun 2003. Bagi mata pelajaran Matematik, kedudukan murid telah daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.



Antara kelemahan PPSMI ialah : menjalankan dasar PPSMI tidak akan menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar kerana masalah yang sebenarnya berkaitan dengan Bahasa Inggeris itu sendiri, masalah yang wujud ialah kaedah pengajaran yang tidak baik dan jelas serta ketidaksesuaian sukatan pelajar sewaktu Bahasa Malaysia dalam Sains dan Matematik ditukar kepada Bahasa Inggeris.



Kedua, risiko perlaksanaan keputusan itu dijangka besar sekali. Hal ini membawa maksud guru Matematik dan Sains tidak semestinya guru yang mahir berbahasa Inggeris dan dikhuatiri timbul keadaan ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran’. Penguasaan Bahasa Inggeris pelajar tidak meningkat dan penguasaan ilmu Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar terjejas oleh sebab masalah bahasa.



Ketiga, PPSMI dikhuatiri mengakibatkan berlakunya keadaan ‘lulus jarum luluslah keindahan’. Pada masa kelak,kepakaran dalam bidang tertentu kemungkinan akan diputuskan sewaktu penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran lain yang berasaskan atau ada kaitannya dengan Sains dan Matematik, seperti Ekonomi, Perdagangan, Geografi, Akaun dan lain-lain.



Tambahan pula, penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka suakr memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

1 comment: