Tuesday, August 31, 2010

Kelebihan PPSMI

Biarpun ramai yang meningatkan PPSMI mendatangkan keburukan kepada para pelajar.Namum demikian PPSMI tetep mempunyai kelebihannya yang tersendiri.Melalui PPSMI pelajar akan menjadi lebih bersedia untuk masa akan hadapan kelak.Ini kerana mereka tidak akan merasa gementar untuk menempuhi alam pengajian yang lebih tinggi dan juga alam pekerjaan.Pengetahuan bahasa inggeris diberi keutamaan kepada pemilihan pekerja pada masa kini.




Selain itu juga,PPSMI bertujuan mengajar rakyat Malaysia tentang kepentingan bahasa inggeris pada era globalisasi kini.ini sekali gus akan menyenangkan pemahaman dan mengelakkan salah faham dlam kebanyakkan istilah sains dan matematik yang diguna pakai untuk pembelajaran kini.Dengan adanya PPSMI,pelajar dapat mempelajari matematik,sains dan bahasa inggris pada tahap yang lebih tinggi.



Melalui PPSMI juga,Negara telah melahirkan ramai cerdik pandai dalam ketiga tiga matapelajaran iaitu matematik,sains dan juga bahasa inggeris,ini sekali gus melahirkan pelajar yang berdaya saing yang tinggi.PPSmi juga memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam sains dan matematik melalui adanya bahasa inggeris.Bagi mereka yang mempunyai penguasaan bahasa inggeris,prestasi pelajaran mereka akan meningkat bagi dalam subjek yang diajar bahasa inggeris.



PPSMI juga dapat melahirkan para pekerja yang berwibawa pada masa akan dating kerana adanya penetahuan yang mereka miliki tinggi setanding dengan pekerja luar Negara.Oleh itu kita jangan mudah pandang remeh hal ini.Ini kerana PPSMi juga mempunyai kebaikan biarpun ramai yang menyangka ia mendatangkan keburukan.

No comments:

Post a Comment