Tuesday, August 31, 2010

RUMUSAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan 4% penguasaan Bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat pelajar untuk mempelajari sains dan matematik.




Manakala,pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran,Laporan ‘Trends in Mathematics and Science Study 2007’ menyatakan kedudukan Malaysia dalam mata pelajaran sains merosot daripada tangga ke 20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007.Seterusnya,bagi mata pelajaran matematik pula, kedudukan pelajar merosot dari tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.




Selain itu,kajian universiti-universiti tempatan pula, mendapati tahap peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris adalah nominal,iaitu tidak lebih 3% sepanjang pelaksanaan PPSMI.




Oleh yang demikian, setelah menjalankan segala kajian dan pemantauanterhadap dasar ini, kerajaan memansuhkan PPSMI kerana dasar ini tidak dilaksanakan seperti yang dihasratkan.




Secara kesimpulan, PPSMI tidak berjaya mencapai matlamat penubuhannya untuk meningkatkan pembangunan sumber manusia bagi mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing tetapi hanya menjatuhkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sains dan matematik.

No comments:

Post a Comment