Tuesday, August 31, 2010

Sebab PPSMI Diperkenalkan

Keperluan strategik menjajarkan bahawa orang Melayu wajar mempunyai kekuatan menguasai Bahasa Inggeris merupakan salah satu sebab PPSMI diperkenalkan.




Pada masa kini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling banyak digunakan diperingkat global. Penguasaan Bahasa Inggeris diperingkat sekolah diberikan penekanan hanya dilaksanakan tertumpu untuk pelajaran matematik dan sains.



Kegagalan menguasai bahasa yang paling penting digunakan dalam teknologi dan kommersial ini akan merugikan negara.



Tanpa penguasaan baik Bahasa Inggeris dari skop sains dan matematik peringkat sekolah lagi, dijangkakan akan menjadi masalah apabila pelajar cuba menguasai diperingkat pendidikan lanjutan, termasuk universiti.



Pasca peringkat universiti, pelajar yang mencari pekerjaan, terutama dalam sektor syarikat multinational (MNC) menampakan kesukaran. Ini kerana kemampuan dan penguasaan mereka untuk berkommunikasi dan mengapplikasi pengetahuan semasa universiti amat terbatas, terutama sebilangan bahan rujukan utama adalah dalam Bahasa Inggeris.



Atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.



Bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.



Diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris (wikipedia.com).



Dasar ini dilaksanakan untuk memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik dalam kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris.



Dasar ini dapat memberi pendedahan awal kepada murid pelbagai konsep serta istilah Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Pada masa yang sama kementerian juga mahu menjadikan pelajar itu mahir dan menguasai bahasa berkenaan.

No comments:

Post a Comment